Monday, November 24, 2008

TEMBIKAI VS VIAGRA


TEXAS: Kajian baru mencadangkan bahawa tembikai mungkin menghasilkan kesan dalam tubuh sama seperti Viagra, mungkin memberi jalan kepada penawar semula jadi bagi lelaki yang menderita mati pucuk, kata Bhimu Patil dari Universiti A& M, di sini.

Penyelidikan dijalankan Patil dan rakannya baru-baru ini mendedahkan bahawa isi tembikai mengandungi paras tinggi asid amino 'citrullin' berbanding yang difikirkan penyelidik. Sehingga penemuan itu, kebanyakan unsur citrulline dipercayai didapati pada bahagian kulit luar buah berkenaan yang tidak boleh dimakan.
"Kami mengetahui bahawa tembikai mengandungi citrulline, namun tembikai mempunyai lebih banyak citrulline dalam bahagian isi berbanding yang difikirkan sebelumnya," kata Patil. Ia penting kerana tubuh menukar 'citrulline' kepada 'arginine', sejenis asid amino lain yang berfungsi sebagai perintis kepada nitrat oksida. Nitrat oksida, sebaliknya memainkan peranan penting dalam mengembangkan saluran darah dan proses ketegangan zakar.
Fungsi utama Viagra ialah mensasarkan nitrat oksida yang menandakan laluan dalam zakar.