Monday, December 15, 2008

KACANG ANCAMAN IBU HAMIL???


Ibu yang memakan kacang atau nut semasa hamil meninggikan risiko anak yang dikandungnya untuk mendapat asma.
Penyelidik dari University of Utrecht yang membuat kajian terhadap 4000 wanita hamil dengan mengkaji cara pemakanan mereka mendapati , 50% daripada mereka lebih kerap mendapat anak yang mengalami asma berbanding dengan mereka yang jarang memakannya.
Walaubagaimanapun , ia masih tidak dapat memberi penjelasan mengapa ia berlaku dan mencadangkan kajian lanjut dibuat terhadap kaitan ini.
Produk berasal dari kekacang adalah sumber semulajadi vitamin E, lemak yang sihat dan nutrien berkhasiat dan merupakan salah satu sumber makanan yang digalakan semasa hamil.

"Article ni aku amik dari satu web kesihatan. Kacang terdiri daripada macam2 jenis. Tak kan sumanya merosakkan ibu hamil. Kacang pistachio or kacang badam banyak khasiatnya. Kacang-kacang kat moto jer takleh makan...hehehe.."