RAHSIA DISEBALIK.....
PENEMUAN TERHEBAT MENGUBATI JERAGAT DAN PENYAKIT KULIT!!!!
Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu.Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, berkata, makna jeragat terlalu meluas dalam kamus perubatan, namun, masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher."Jeragat bagi pemahaman masyarakat tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil padakulit). Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes.
"Masalah biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok), actinic keratoses dan skin tag (lebihan daging berwarna coklat atau hitam) yang kebiasaannya tumbuh pada leher, muka dan celah ketiak."Walaupun jeragat tergolong sebagai penyakit kulit ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut mampu menyebabkan kesan luka, berdarah dan bernanah pada kawasan bermasalah," katanya.Beliau berkata, ada beberapa faktor menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat iaitu kesan cahaya matahari dan faktor genetik.
Bagi pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang pula boleh menyebabkan potensi kulit berjeragat terhadap individu lebih tinggi."Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik."Bagi wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat lebih besar."Malah, masalah pigmentasi juga dikesan daripada pengambilan ubat seperti pil perancang, amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotic seperti minocydine dan lain-lain lagi," katanya.Dr Norazhah berkata, jeragat boleh dirawat sama ada dengan menggunakan ubat yang disapu pada kulit bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu.
Jeragat adalah salah satu penyakit yang salah satunya yang boleh diubati dengan mengamalkan pemakanan berkhasiat. Salah satunya adalah dengan mengamalkan pemakaian dan pemakanan Virgin Coconut Oil (vco) atau Minyak Kelapa Dara. Minyak kelapa dara boleh disapu malah boleh diminum untuk mengubati pelbagai penyakit. Jeragat juga salah satu penyakit yang mampu diubatinya. Anda hanya perlu menyapunya pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.
Untuk lebih lanjut memahami kesan VCO anda boleh rujuk di sini: http://www.bio-asli.com/info_sihat/info1.asp#kaki. Jika inginkan produk sila hubungi saya dan layari laman web ini: www.bio-asli.com/daftar.asp?id=asli84 atau www.bio-asli.com/?id=asli84
0 comments:
Post a Comment