SEBAB-SEBAB ROSAK OTAK???? EEE GERUN
1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.
3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar danboleh menga kibatkan penyakit Alzheimer. Katakan tak nak.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. Skang orang manis2 belaka, cakap pun manis...
5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.Sekang ni banyak asap..asap kan makanan setan.Tak sesuai ngan kita.
6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. Jangan tido sampai seminggu sudah la bang..nanti koma terus kiok..
7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. Pemalu konon...
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.Imaginasi yang elok2 jer..jangan biru jer.
10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.Fikirla apa pun ..jangan tak fikir sebab nanti orang kata kita gila.
Itulah rakan-rakan sekalian..kalau nak elak penyakit otak baik repair sekarang dengan makan kismis ke, tamar ke, air zam-zam ke. tak pun mengaji A-Quran... minum VCO ke..mudah-mudahan berkesan. Selalu-selalulah mencuba puzzles ke, uji minda itu mampu memberi impak kepada otak anda untuk lebih berfungsi dengan baik. Adios...
0 comments:
Post a Comment